Selasa, 09 Oktober 2012

APRESIASI PUISI ALAM : GELORA TANJUNG HUJUNG BENUA

PPJ dengan kerjasama Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) dan DBP Wilayah Selatan telah mengadakan Program Apresiasi Puisi Alam : Gelora Tanjung Hujung Benua pada 29 & 30 SEPTEMBER 2012. Seramai 40 orang peserta terdiri dari ahli PPJ, KEMUDI dan PENAMA telah turut serta dalam program tersebut. Para peserta telah bermalam di Tanjung Piai Resort. Program pertama ialah lawatan ke Taman Negara Pulau Kukup. Lawatan ke Taman Negara Pulau Kukup turut disertai oleh Dr. Haji Awang Sariyan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada sebelah malamnya pula YB. Hajah Asiah Md Arif, Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Johor selaku Wakil Rasmi Menteri Besar Johor telah merasmikan program tersebut. Majlis perasmian telah diadakan di Taman Negara Tanjung Piai. Pada keesokkan harinya peserta telah dibawa melawat dan melakukan aktiviti penanaman benih pokok bakau di Taman Negara Tanjung Piai. Program telah diakhiri dengan acara forum yang bertajuk Peranan Bahasa dan Karya Kreatif : Lestarikah Alam Tanjung Piai dan Pulau Kukup. Ahli panel terdiri daripada Dr. Haji Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan saudara Amiruddin Md Ali Hanafiah, Ketua 1 PPJ. 





 



 





Tidak ada komentar:

Posting Komentar