Kamis, 04 November 2010

KOLOKIUM HAK CIPTA PENULIS



PPJ dan DBP Wilayah Selatan dengan kerjasama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan JPMM DUN Jorak, Pagoh akan menganjurkan Program Kolokium Hak Cipta Penulis sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010 Negeri Johor. Program berlangsung pada hari Ahad, 7 November 2010, bermula jam 8.30 pagi hingga 2.00 petang bertempat di Kolej Komuniti Pagoh, Muar, Johor. 

2 pembentangan kertas kerja akan didakan dalam program tersebut. YB Datuk Dr. Shahruddin Md. Saleh, Pengerusi ITNM merangkap ADUN Jorak, Pagoh akan merasmikan program tersebut. Diharapkan dengan adanya program ini akan dapat memartabatkan golongan penulis.

ANTOLOGI PUSAKA SELATAN

Antologi Puisi "Pusaka Selatan" karya penulis Johor terbitan PPJ dengan kerjasama Sewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) akan dilancarkan pada 7 November 2010 di Kolej Komuniti Pagoh oleh YB Datuk Dr.Sahruddin Md.Salleh, Pengerusi Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM).
Antologi ini memuatkan puisi tentang bahasa diselenggarakan oleh Rusdi Abd.Rahman dan Mohd.Rosli Bakir, diterbitkan sempena Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2010.
Tahniah kepada penulis yang karyanya diterbitkan dan pohon kemaafan yang tidak sempat diterima untuk diterbitkan.
Pusaka Selatan ialah antologi puisi yang kedua diterbitkan PPJ pada tahun 2010. Sebelum itu, "Bicara Hujung Benua" telah diterbitkan pada awal tahun.

KOLOKIUM HAK CIPTA PENULIS

Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) akan menganjurkan Kolokium Hak Cipta Penulis pada 7 November 2010 di Kolej Komuniti Pagoh, mulai jam 8.45 pagi. Program ini turut mengisi aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Negeri Johor.
Program ini turut mendapat kerjasama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan JPMM DUN Jorak.
Kolokium yang julung-julung kali diadakan ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Dr.Sahruddin Md.Salleh, Pengerusi ITNM yang juga ADUN Kawasan Jorak. Antara pembentang kertas kerja ialah peguam/penulis, Nisah Haron, Penolong Pengarah Bahagian Hak Cipta Perbadanan Harta Intelek (MyIPO), Puan Siti Salwa, dan wakil Bahagian Harta Intelek DBP.
Menurut Ketua 1 PPJ, Amiruddin Md.Ali Hanafiah, kolokium ini antara lain bertujuan untuk menggerakkan penubuhan Badan Pelindung Hak Cipta Penulis. Selain itu, dapat memberikan kesedaran kepada penulis pentingnya hak cipta agar tidak tertipu oleh penerbit.