Sabtu, 16 Oktober 2010

PPJ ANJUR CITRA PUISI BAHASA

PPJ akan menganjurkan Citra Puisi Bahasa pada 23 Oktober 2010, bertempat di Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan. Citra Puisi Bahasa dianjurkan bersama GAPENA dan DBP Wilayah Selatan bagi menyemarakkan Bulan Bahasa Kebangsaan dan Sempena Ulangtahun ke-40 GAPENA. Acara meliputi majli deklamasi puisi dan nyanyian lagu puisi. Antara penyaiir yang akan turut serta ialah Shapiai Mohd.Ramly, Rosli Bakir, Borhan Md.Zin, dan A.Rani Embi.Manakala Ramly Abu, Pensyarah IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka dan beberapa penyanyi lagu puisi tempatan akan menyanyikan lagu-lagu puisi. Maklumat lanjut hubungi:Taufek Mahmud, Setiausaha II PPJ ditalian 012-3750435

PPJ SOKONG PENUBUHAN SURUHANJAYA BAHASA KEBANGSAAN


PPJ meyokong penuh saranan menubuhkan Suruhanjaya Bahasa Kebangsaan (SBK). PPJ berpendapat sudah tiba masanya SBK diwujudkan memandangkan bahasa kebangsaan pada masa ini kian terpinggir di negara sendiri. Pada masa ini, bahasa Melayu tidak digunakan sepenuhnya dalam urusan rasmi seperti di majlis rasmi dan dalam surat menyurat. Hal ini sekaligus seolah-olah menafikan bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan perkara 152. 

Penubuhan SBK ini bukan bermakna untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebaliknya, SBK boleh memainkan peranan yang lebih luas termasuk penguatkuasaan undang-undang daln pemantauan. Melalui SBK, tindakan yang lebih tegas boleh diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan bahasa khusus kepada mereka yang kerap menyalahgunakan bahasa kebangsaan. Hal ini termasuk kesalahan di papan iklan dan iklan di media massa dan elektronik. 

PPJ tidak mahu rakyat Malaysia lebih mengutamakan bahasa lain dalam urusan rasmi kecuali yang berurusan di luar negara. PPJ berpendirian hanya ada  satu bahasa sebagai perantara di Malaysia. Bahasa-bahasa lain pula adalah merupakan pelengkap kepada bahasa kebangsaan. Bahasa lain tidak wajar menjadi bahasa utama di negara ini, kerana tidak menghormati dan mendaulatkan perlembagaan. 

Agensi swasta terlalu banyak menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi seperti Perjanjian Jual Beli.rumah dan perjanjian membeli kenderaan. Apakah kita berada di negara Eropah ? Justru, PPJ menyokong segala usaha pelbagai pihak seperti oleh Ecco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar dalam usaha merealisasikan penubuhan SBK ini. Diharap penubuhan ini tidak sekadar terhenti dipertengahan jalan.

Amiruddin Md.Ali Hanafiah
Ketua 1 PPJ

ANTOLOGI PUISI BAHASA SEMPENA BULAN BAHASA KEBANGSAAN 2010

PPJ akan menerbitkan Antologi Puisi Bahasa sempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010. Antologi ini akan diterbitkan dengan kerjasama DBP Wilayah Selatan. Kepada semua ahli yang berminat untuk menyumbangkan karya diminta menghantar karya kepada alamat emel penulisjohor66@gmail.com.  Sila hantar karya sebelum   19 Oktober 2010

Senin, 11 Oktober 2010

PROGRAM MAJLIS MINGGU BAHASA KEBANGSAAN INSTITUT PENDIDIKAN MARA 2010

 1 BAHASA, 1 BANGSA, 1 NEGARA

DBP Wilayah Selatan akan mengadakan Program Minggu Bahasa Kebangsaan Institut Pendidikan MARA pada 15-17 Oktober 2010. Program akan diadakan di Kolej Profesional MARA, Bandar Penawar, Kota Tinggi. Antara pertandingan yang dijalankan adalah Pertandingan Deklamasi Puisi, Lagu Puisi, Pantun, Pidato dan Penulisan Essei. Beberapa ahli PPJ turut terlibat sebagai Panel Penilai dalam program tersebut. Semoga dengan adanya program ini akan menyemarakkan lagi Bulan Bahasa Kebangsaan yang sedang berlangsung sekarang.

Jumat, 08 Oktober 2010

SAYEMBARA DEKLAMASI PUISI BAHASA JIWA BANGSA

Sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Negeri Johor, DBP Wilayah Selatan dengan kerjasama RTM Johor dan Persatuan Penulis Johor akan menganjurkan Sayembara Deklamasi Puisi Bahasa Jiwa Bangsa pada 23 OKTOBER 2010. Borang penyertaan boleh diambil di DBP Wilayah Selatan. Untuk keterangan lanjut sila hubungi En. Rusdi Abd Rahman di talian 07-2358802 atau En. Mohd Rizal Mohd Ali di talian 07-2368282. Semua peminat sastera, budaya dan bahasa dialu-alukan untuk menyertai sayembara tersebut.