Kamis, 11 Oktober 2012

MALAM SEMARAK BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA DARUL TA'ZIM

PPJ dengan  kerjasama MKNJ, DBP Wilayah Selatan, Pejabat Daerah Kota Tinggi, Persatuan Sejarah Cawangan Kota Tinggi, ITBM dan Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negara Johor akan mengadakan MALAM SEMARAK BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA DARUL TA'ZIM. Majlis akan diadakan pada hari Jumaat 12 Oktober 2012 bertempat di Anjung Kota Gemerlapan, Kota Tinggi. Majlis akan dirasmikan oleh YB. Pn. Hjh. siah Md Ariff, Exco Kerajaan Negeri Johor. Semua peminat bahasa, sastera dan budaya dijemput hadir

Rabu, 10 Oktober 2012

PPJ AKAN TURUT SERTA ANJUR SEMINAR MEMARTABATKAN KARYA AGUNG : 400 TAHUN SULALATUS SALATIN

PPJ akan turut serta dalam Penganjuran SEMINAR MEMARTABATKAN KARYA AGUNG : 400 TAHUN SULALATUS SALATIN  anjuran Pejabat Daerah Kota Tinggi, Majlis Kebudayaan Negeri Johor, Persatuan Sejarah, DBP Wilayah Selatan dan Arkib Negara Johor yang akan diadakan pada 13 Oktober 2012 bertempat di Dewan Jubli Kota Tinggi. Orang ramai dijemput hadir.


Selasa, 09 Oktober 2012

APRESIASI PUISI ALAM : GELORA TANJUNG HUJUNG BENUA

PPJ dengan kerjasama Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ) dan DBP Wilayah Selatan telah mengadakan Program Apresiasi Puisi Alam : Gelora Tanjung Hujung Benua pada 29 & 30 SEPTEMBER 2012. Seramai 40 orang peserta terdiri dari ahli PPJ, KEMUDI dan PENAMA telah turut serta dalam program tersebut. Para peserta telah bermalam di Tanjung Piai Resort. Program pertama ialah lawatan ke Taman Negara Pulau Kukup. Lawatan ke Taman Negara Pulau Kukup turut disertai oleh Dr. Haji Awang Sariyan Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka. Pada sebelah malamnya pula YB. Hajah Asiah Md Arif, Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar dan Wilayah, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan Johor selaku Wakil Rasmi Menteri Besar Johor telah merasmikan program tersebut. Majlis perasmian telah diadakan di Taman Negara Tanjung Piai. Pada keesokkan harinya peserta telah dibawa melawat dan melakukan aktiviti penanaman benih pokok bakau di Taman Negara Tanjung Piai. Program telah diakhiri dengan acara forum yang bertajuk Peranan Bahasa dan Karya Kreatif : Lestarikah Alam Tanjung Piai dan Pulau Kukup. Ahli panel terdiri daripada Dr. Haji Awang Sariyan, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka dan saudara Amiruddin Md Ali Hanafiah, Ketua 1 PPJ. 





 



 





Senin, 01 Agustus 2011

Antologi Cerpen 1Malaysia & Kongres Kebudayaan Nasional

PPJ akan menerbitkan antologi cerpen bertema Alam Sekitar dan 1Malaysia. Ahli-ahli dikehendaki menghantar segera sebelum 15 Ogos 2011 kepada Setiausaha 1 melalui e mel.
PPJ akan mengadakan Kongres Kebudayaan Nasional dalam bulan Oktober. Kongres kedua selepas Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971 akan dianjurkan bersama Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ). YAB Menteri Besar Johor telah pun dimaklumkan tentang Kongres ini melalui pertemuan ringkas Ketua 1 dengan beliau pada Malam Penyampaian Hadiah Sastera Darul Ta'zim.Turut akan berkerjasama ialah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Johor dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Ketua 1 melalui e mel amiruddinppj66@yahoo.com atau tel : 017 8843965. Boleh juga hubungi e mel PPJ.

Jumat, 22 Juli 2011

PPJ TURUT SERTA DALAM PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA 5 DI PALEMBANG, INDONESIA

Bersama rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak dan Brunei ketika sampai di Lapangan Terbang Palembang
 Dalam bas yang membawa delegasi PPN dari LTP ke Hotel Swarna Dwipa
 Mengabdi kenangan bersama rakan-rakan dari PENA
 Mengabdi kenangan bersama Khalid Salleh, Puad (UMS) dan Shamsuddin Othman
 Mengabdi kenangan bersama rakan-rakan dari PEKASA
 Majlis perasmian PPN5 di Griya Agong di kediaman Gabenor Palembang
 Mengabdi kenangan bersama Ibu Thia Yufada, Ketua Panatia Pelaksana PPN5
 Disambut mesra semasa majlis perasmian

 Mengabdi kenangan bersama Sasterawan Negara Muhammad Hj Salleh
 Di Majlis Penutupan yang dilakukan oleh Walikota Palembang
 Mengabdi kenangan bersama Walikota Palembang
Bersama Ahmadun Yofi Yusada, Ketua Komiti Sastera, Dewan Keseniaan Jakarta

PPJ turut serta dalam PPN 5 yang berlangsung di Palembang Indonesia dari 16 - 19 Julai 2011. Diketua oleh Ketua 1, Amiruddin Md Ali Hanafiah, SU 1, Tn. Hj Mohd Rosli Bakir dan Pengerusi Kegiatan Kluang Hamzah Hamdan. PPN 6 nanti dijangka akan dilaksanakan di Jambi.


Senin, 04 Juli 2011

KEMBARA PUISI KULAIJAYA - TANJUNG PAGAR, SINGAPURA






















 
Persatuan Penulis Johor (PPJ) terpanggil untuk membuat kunjungan buat kali terakhir ke Stesen Kereta Api Tanjung Pagar  yang akan diserahkan kepada kerajaan Singapura. Pada 27 Jun 2011 seramai 14 ahli PPJ telah menyertai Kembara Puisi Kulaijaya - Tanjung Pagar. Perjalanan telah dimulakan dari Stesen Keretapi Kulaijaya pada jam 3.00 petang dan sampai di Stesen Keretap Api tanjung Pagar kira-kira jam 5.00 petang. Kehadiran kami telah disambut oleh En. Wahid Taib dan En. Kamil dari Bahagian Pemasaran. Pada jam 6 petang kami telah membaca puisi bagi meluahkan rasa hati dan kesedihan atas kehilangan yang amat berharga ini. Kami telah bertolak pulang dengan menaiki kereta api jam 11.00 malam. Terima kasih kepada pihak KTMB yang melayan kami selama berada di sana