Jumat, 20 Agustus 2010

GEMA PUISI KEMERDEKAAN DAN RAMADAN

PPJ akan bekerjasama dengan UMNO Tg. Piai, JASA Parlimen Tg. Piai, Pergerakan Puteri Umno Tg. Piai dan Pertubuhan Peladang Kws Pontian Selatan akan bekerjasama menganjurkan Gema Puisi Kemerdekaan dan Ramadan pada hari SABTU, 21 OGOS 2010 bertempat di Masjid Jamek, Sg. Durian. YB Datuk Md. Othman Hj. Yusof, ADUN Tg Piai akan turut hadir dan merasmikan program tersebut.

Kamis, 19 Agustus 2010

PPJ HANTAR WAKIL KE PERTEMUAN PENYAIR NUSANTARA

PPJ telah menghantar 8 orang wakil ke Pertemuan Penyair Nusantara 4 yang berlangsung di Bandar Seri Begawan, Brunei dari 16-19 Julai 2010. Rombongan diketuai sendiri oleh Ketua 1 PPJ, Sdra. Amiruddin Md Ali Hanafiah.