Kamis, 04 November 2010

KOLOKIUM HAK CIPTA PENULIS

Persatuan Penulis Johor (PPJ) dan Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan (DBPWS) akan menganjurkan Kolokium Hak Cipta Penulis pada 7 November 2010 di Kolej Komuniti Pagoh, mulai jam 8.45 pagi. Program ini turut mengisi aktiviti Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) Peringkat Negeri Johor.
Program ini turut mendapat kerjasama Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dan JPMM DUN Jorak.
Kolokium yang julung-julung kali diadakan ini akan dirasmikan oleh YB Datuk Dr.Sahruddin Md.Salleh, Pengerusi ITNM yang juga ADUN Kawasan Jorak. Antara pembentang kertas kerja ialah peguam/penulis, Nisah Haron, Penolong Pengarah Bahagian Hak Cipta Perbadanan Harta Intelek (MyIPO), Puan Siti Salwa, dan wakil Bahagian Harta Intelek DBP.
Menurut Ketua 1 PPJ, Amiruddin Md.Ali Hanafiah, kolokium ini antara lain bertujuan untuk menggerakkan penubuhan Badan Pelindung Hak Cipta Penulis. Selain itu, dapat memberikan kesedaran kepada penulis pentingnya hak cipta agar tidak tertipu oleh penerbit.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar