PPJ meyokong penuh saranan menubuhkan Suruhanjaya Bahasa Kebangsaan (SBK). PPJ berpendapat sudah tiba masanya SBK diwujudkan memandangkan bahasa kebangsaan pada masa ini kian terpinggir di negara sendiri. Pada masa ini, bahasa Melayu tidak digunakan sepenuhnya dalam urusan rasmi seperti di majlis rasmi dan dalam surat menyurat. Hal ini sekaligus seolah-olah menafikan bahasa kebangsaan yang termaktub dalam Perlembagaan perkara 152.
Penubuhan SBK ini bukan bermakna untuk mengambil alih peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebaliknya, SBK boleh memainkan peranan yang lebih luas termasuk penguatkuasaan undang-undang daln pemantauan. Melalui SBK, tindakan yang lebih tegas boleh diambil terhadap mereka yang menyalahgunakan bahasa khusus kepada mereka yang kerap menyalahgunakan bahasa kebangsaan. Hal ini termasuk kesalahan di papan iklan dan iklan di media massa dan elektronik.
PPJ tidak mahu rakyat Malaysia lebih mengutamakan bahasa lain dalam urusan rasmi kecuali yang berurusan di luar negara. PPJ berpendirian hanya ada satu bahasa sebagai perantara di Malaysia. Bahasa-bahasa lain pula adalah merupakan pelengkap kepada bahasa kebangsaan. Bahasa lain tidak wajar menjadi bahasa utama di negara ini, kerana tidak menghormati dan mendaulatkan perlembagaan.
Agensi swasta terlalu banyak menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan rasmi seperti Perjanjian Jual Beli.rumah dan perjanjian membeli kenderaan. Apakah kita berada di negara Eropah ? Justru, PPJ menyokong segala usaha pelbagai pihak seperti oleh Ecco Pemuda UMNO, Jamawi Jaafar dalam usaha merealisasikan penubuhan SBK ini. Diharap penubuhan ini tidak sekadar terhenti dipertengahan jalan.
Amiruddin Md.Ali Hanafiah
Ketua 1 PPJ
Tidak ada komentar:
Posting Komentar