Senin, 13 Juni 2011

GEMA PUISI BUDAYA DAN 1 MALAYSIA DI KL SENTRAL












Pada sebelah malamnya pula telah berlangsung Gema Puisi Budaya dan 1 Malaysia bertempat di bilik VVIP KL Sentra. Majlis pada malam itu telah dirasmikan oleh Dato' Suhaimi Shahdan, Pengerusi Kolej Polytech MARA. Dalam ucapannya beliau merakamkan ucapan tahniah kepada PPJ atas usahanya untuk mengantarabangsakan bacaan puisi. Semoga usaha ini menjadi perintis kepada usaha PPJ untuk destinasi antarabangsa seterusnya. Beliau juga turut mendeklamasikan puisi pada malam tersebut. Turut mendeklamasikan puisi pada malam itu ialah Amiruddin Md Ali Hanafiah, Roslan Yatiman, Siti Hadijah Sunok dan Hamzah Din. Tn. Hj Mohd Rosli Bakir pula telah mendendang gurindam dan nazam.


Minggu, 05 Juni 2011

GEMA PUISI JOHOR DAN PELANCARAN JERAYAWARA BAHASA, SASTERA DAN BUDAYA JOHOR - HAT YAI





Gema Puisi Johor telah berkumandang di Stesen Kereta Api Kluang pada 4 Jun 2011. Acara yang berlangsung bermula jam 9.30 pagi itu adalah merupakan aktiviti pertama sempena Jerayawara Bahasa, Sastera dan Budaya Johor - Hat Yai yang telah dianjurkan oleh PPJ dan Majlis Kebudayaan Negeri Johor (MKNJ). Dalam majlis tersebut  YB Hajah Asiah Md Ariff yang diwakili oleh Tn. Hj. Abdul Karim Abu Bakar, Pegawai Daerah Kluang telah melancarkan program tersebut. Semoga perjalanan program ini dapat berjalan dengan jayanya.




Selasa, 22 Maret 2011

KUNJUNGAN MUHIBBAH KE DBP WILAYAH SELATAN

PPJ yang diketuai oleh Ketua Satunya Saudara Amiruddin Md Ali Hanapiah bersama barisan AJK telah mengadakan Kunjungan Hormat ke DBP Wilayah Selatan pada Hari Sabtu  19 Mac yang lalu untuk mengalu-alukan kehadiran Pengarahnya yang baru iaitu Pn. Salmiah bte. Ismail. Dalam pertemuan yang penuh mesra itu kedua-dua belah pihak telah memberikan maklumat serta peranan yang telah dapat dijalin bersama. Beberapa program dan aktiviti telah dibincangkan untuk dilaksanakan pada tahun ini. Rombongan PPJ juga telah dibawa melawat ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) Shahrom Hussin. Adalah diharapkan dengan kunjugan itu hubungan di antara kedua pihak ini akan lebih akrab dan kerjasama akan dapat diperhebatkan lagi.

Jumat, 11 Februari 2011

JERAYAWARA SASTERA DAN BUDAYA JOHOR - HAT YAI PADA 4-8 JUN 2011

Untuk makluman semua Jerayawara Sastera dan Budaya Johor - Hat Yai akan ditangguhkan dan dijangka pada 4-8 JUN 2011. Ini memandangkan terdapat beberapa masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan. Harap maklum. Mohon kepada yang berminat sila muat turun borang penyertaan dan sahkan penyertaan sebelum      25 MAC 2011.

http://www.scribd.com/doc/50843470/Borang-Penyertaan-Jerayawara-Johor-Hat-Yai-250311

Sabtu, 05 Februari 2011

BENGKEL PENULISAN FIKSYEN SAINS DAN TEKNOLOGI


PPJ dengan kerjasama UTM dan Kumpulan Utusan akan menganjurkan Bengkel Penulisan Fiksyen Sains dan Teknologi Peringkat Negeri Johor yang akan diadakan pada hari Ahad, 20 Feb 2011. Bengkel akan diadakan di Hotel Nouvelle, Kulai, Johor. Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM 50.00 sahaja ( Bayaran termasuk minum pagi/petang, makan tengahari dan bahan). Bengkel itu nanti akan dibimbing oleh Prof. Madya Dr. Hashim Ismil, Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin dan En. Mohamad Saleeh Rahamad.

Kepada ahli-ahli PPJ yang berminat boleh menghubungi urusetia.
PPJ         - Hamzah Hamdan 013-7023857
UTM      - Norliyati Jaamat   019-7384772

Sila muat turun borang penyertaan
          

Kamis, 03 Februari 2011

JERAYAWARA SASTERA DAN BUDAYAJOHOR - HAT YAI


Persatuan Penulis Johor (PPJ) akan menganjurkan Jerayawara Sastera dan Budaya Johor - Hat Yai iaitu kembara menaiki keretapi dari Kluang ke Hat Yai. Program tersebut akan diadakan pada 12-15 Mac 2011. Masa bertolak dijangka pada jam 10.00 pagi di stesen keretapi Kluang. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 450.00. Kepada ahli-ahli PPJ yang berminat untuk menyertai program ini bolehlah mendaftar diri kepada AJK Program di alamat emel. PPJ iaitu penulisjohor66@gmail.com Sila berikan nama penuh, alamat, no kad pengenalan, nombor passport dan tarikh luput dan sertakan wang pendahuluan sebanyak  RM 100.00. Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdra. Hamzah Hamdan selaku Ketua Program di talian 013-7023857, Setiausaha PPJ Sdra. Mohd Rosli Bakir – 019-7201570 dan Bendahari PPJ Sdra. Hamzah Rahman Soriat- 013-7208863. Penyertaan adalah terhad. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 15 Febuari 2011.